23 Mac, 2011

Realiti Akhir Zaman : The Return Of The False Messiah.BHG. 1


Meskipun telah banyak artikel tentang Dajal telah dibincangkan tetapi mungkin ramai daripada kita yang masih kabur-kabur. Siapakah itu Dajal? Apakah bukti-bukti kewujudan Dajal? Sejak bilakah dia wujud dan adakah dia yang menyesatkan umat manusia di setiap peradaban ketamadunan? Dan kita sebagai umat akhir zaman sepatutnya mempunyai ilmu secukupnya untuk untuk menghadapi The False Messiah ini. Perhatikan tanda-tanda kedatangannya di sekeliling kita, sudah begitu banyak bagi yang celik mata dan hati.

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.
A'li-Imraan 191

Insya Allah semua persoalan yang sering bermain di benak anda itu akan terjawab apabila membaca artikel rakan seperjuangan kami ini dan sedikit sebanyak info tambahan dari kami. Selamat Membaca!


Mahu atau tidak mahu, kita harus meneliti sejarah kerana ia menyimpan banyak rahsia yang harus diselongkar dengan hati kita sendiri, bukan hanya menerima setiap pelajaran sejarah yang disajikan dalam buku-buku teks sekolah oleh orientalis dan evangelis Barat yang gemar merosakkan kebenaran sejak permulaan sejarah manusia lagi. Hati kita diciptakan Allah dengan sifatnya yang bersih (namun kitalah yang merosakkan hati kita sendiri), maka hati kita akan sentiasa mampu melihat kebenaran sekiranya kita sangat ingin dan amat merindukan kebenaran. Kebenaran itu ada kala pahit, dan ada kala sangat manis.

Penulis tahu, ada segelintir pembaca yang menganggap bahan bacaan ini sedikit berat untuk difahami dan sering keliru dengan fakta sejarah. Untuk memahami sejarah secara dasarnya ialah, kita hanya perlu memahami kisahnya, bagaimana kejadian itu berlaku dan mengapa ia berlaku dan apa kesannya. Pengkaji sejarah ekstrem pula kerap kali memikirkan jawapan kepada apa ‘yang ditinggalkan tanpa jawapan’ dalam kisah sejarah itu dimana kita menganggapnya sebagai misteri…the puzzle.

Kepada peminat sejarah, anda tidak perlu garu kepala untuk menerima fakta yang ingin diketengahkan penulis. Kepada peminat kajian kitab agama-agama, anda juga tidak perlu garu kepala untuk memahami setiap kontradiksi yang digarap untuk dijadikan sebagai sumber maklumat atau clue dalam perbincangan ini. Juga kepada peminat perkara-perkara mistik, anda mungkin akan menemui sesuatu yang baru.

Kita perlu mengenali sejarah, kita juga perlu mengenali ilmu kajian kitab (al-Quran, Old Testament, New Testament, Torah, Talmud, Habakkuk, Veda, Dead Sea Scrolls & dsb), kita juga perlu memahami perkara mistik, kita juga perlu mengenali sains.
KITA WAJIB BERiLMU DAN MENJADI BIJAK SUPAYA KITA TIDAK DIPERBODOHKAN !!!

Topik yang akan disampaikan kali ini adalah sedikit berat, tetapi anda juga perlu bersedia kerana akan ada topik-topik lain yang lebih berat daripada topik ini. Kita membincangkan mengenai Dajjal, seorang manusia aneh dan mistik yang akan keluar pada akhir zaman. Kita sudah menjelaskan sebahagian kecil mengenai golongan yang bekerja untuk Dajjal iaitu gerakan Illuminati, gerakan Illuminati yang dijelaskan dalam artikel-artikel terdahulu cuma sebahagian kecil dan banyak lagi yang berselindung, anda mungkin menangis jika menemui kebenaran yang sudah diputar belit oleh Illuminati untuk memperbodohkan kita semua.

Dajjal adalah manusia mistik.
Maka untuk mengupas persoalan Dajjal, kita juga perlu mengambil pendekatan mistik tetapi kita perlu ingat bahawa kita WAJIB berlandaskan ketetapan ALLAH. Penulis menjadikan sumber Islam (Quran & Hadis) sebagai penanda aras dalam mengupas persoalan Dajjal berpandukan maklumat sejarah dalam kitab-kitab Yahudi, kitab-kitab Hindu, kitab-kitab pagan, hasil-hasil kajian arkeologis terdahulu dan hasil-hasil kajian saintifik moden dalam menjejak seorang manusia yang umat Islam gelar sebagai Dajjal, juga digelar Anti-Christ oleh umat Kristian dan The King of Kings oleh Yahudi. Sesungguhnya, masa untuk Dajjal keluar sudah terlalu hampir, ia jelas melalui tanda-tanda mistik dan tanda-tanda perubahan politik dunia hari ini. Usah tidur lagi.
Dajjal ialah manusia misteri yang pintar dan mempunyai kepakaran dalam memanipulasi sejarah, politik, agama, sihir, ekonomi dan sebagainya… kita tidak boleh menjadi bodoh dan terus diperbodohkan kerana musuh kita adalah seorang yang bijak.. kita perlu berilmu dalam semua cabang ilmu (kecuali sihir) untuk menghadapi fitnah Dajjal. Dajjal lebih mengenali kita, dia tahu kekuatan serta kelemahan kita untuk memperbodohkan kita dalam setiap ilusi dunia yang dirancang bersama pengikut setianya (secret societies) sejak zaman berzaman. Tetapi adakah kita arif mengenai musuh kita itu? Kita diperbodoh sehingga melihat sejarah dunia sebagai satu kebetulan tanpa kita melihat satu ‘garisan benang halus’ yang menghubungkan setiap kejadian dalam sejarah. Di sini, anda lihatlah benang halus yang ingin penulis cuba sampaikan kepada anda semua. Semoga niat penulis ini dipermudahkan oleh Allah Yang Maha Bijaksana.


KENALI LELAKI DARI KISAH-KISAH SEJARAH: DAJJAL

Mengenalpasti & Menyusun kod


Kod-kod mengenai Dajjal dalam sumber Islam


Untuk menjejak Dajjal ini, kita harus memahami kod-kod penting yang disampaikan oleh Nabi Muhammad melalui hadis-hadisnya pada lebih 1430 tahun lalu. Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sukakah aku ceritakan kepadamu tentang Dajjal, yang belum diberitakan oleh Nabi kepada kaumnya. Sungguh Dajjal itu buta mata sebelahnya dan ia akan datang membawa sesuatu yang menyerupai syurga dan neraka, adapun yang dikatakan syurga, maka itu adalah neraka. Dan aku memperingatkan kalian sebagaimana Nabi Nuh a.s memperingatkan kepada kaumnya.


Ia akan datang membawa sesuatu yang menyerupai syurga dan neraka, adapun yang dikatakan syurga, maka itu adalah neraka.


Apa yang dimaksudkan dengan sabda di atas ialah, Dajal akan memberikan kita melalaikan kita dengan syurga dunia iaitu kemewahan, pangkat, harta dan wanita yang sekaligus akan menyebabkan kita lupa diri dan hanyut dengan keduniaan semata-mata walhal itu hanyalah sementara dan bila-bila masa sahaja Allah s.w.t boleh menarik kembali nikmat-nikmat yang dikecapi itu. Inilah Benedictine Order yang mereka laksanakan dan ramai yang terpedaya lupa apa yang patut sebenarnya kita kejar.

Hadis riwayat Amir Ibnu Sharahi Hamdan dari Fatimah binti Qais mendengar dari Rasulallah: Setelah habis eddahku, aku mendengar suara azan lalu aku pun pergi ke masjid untuk bersolat bersama Rasulallah. Aku berada di saf wanita dan berhampiran makmum lelaki. Selepas selesai Rasulallah bersolat, baginda terus berkata: "Hendaklah kamu semua duduk di tempat solatmu. Tahukah kamu kenapa aku panggil kamu semua ke masjid?" Seorang sahabat menjawab: "Allah dan RasulNya lebih mengetahui." Lalu baginda menyambung: "Aku menghimpunkan kamu kerana Tamim ad-Dari yang dahulunya seorang Nasrani datang kepadaku dan memeluk Islam. Dia (Tamim) menceritakan satu perkara yang pernah aku ceritakan kepada kamu semua perihal Dajjal. Dia (Tamim) beritahu aku bahawa dia pernah belayar bersama 30 lelaki kabilah Lakhm dan Juzdam. Lalu mereka dipukul ombak selama sebulan sehingga mereka terjumpa sebuah pulau di tengah lautan, tempat tenggelamnya matahari. Mereka kemudian berlabuh di pulau itu. Sesudah mendarat, mereka terkejut didatangi makhluk berbulu tebal, lalu mereka berkata:
"Apakah kamu ini?". Makhluk itu menjawab:

"Aku pengintip rahsia (Jassasah)"

Mereka bertanya lagi: "Pengintip apa?".

Makhluk itu menjawab: "Tak perlu tanya lagi, pergilah berjumpa seorang lelaki di biara itu kerana dia mahu mendengar berita dari kamu."

Tiba di biara itu, mereka melihat sebesar-besar manusia yang dirantai. Kedua tangan dipasung ke leher. Kaki dan lutut diikat besi hingga ke buku lali.

Kemudian mereka bertanya: "Siapa kamu ini?"

Lelaki yang dipasung itu menjawab: "Ceritakan kepadaku tentang kurma di Baisan."

Mereka menjawab: "Ia sudah hampir tidak berbuah lagi." Lelaki dipasung itu bertanya lagi: "Bagaimana pula dengan Tasik Thabariya? Apakah airnya masih ada?"

Lalu mereka jawab: "Airnya hampir kering."

Dia bertanya lagi: "Bagaimana dengan nabi orang-orang ummiyin, apa yang dikerjakannya?"

Mereka menjawab: "Dia telah lahir di Makkah dan berhijrah ke Yathrib (Madinah)."

Dia bertanya: "Apakah orang-orang Arab memeranginya lagi?"

Mereka menjawab: "Ya. Mereka memeranginya."

Dia bertanya lagi: "Bagaimana perlakuan mereka?"

Mereka jawab: "Dia (Muhammad) telah banyak mendapat kemenangan, hampir semua orang Arab kini mengikutinya."

Lelaki itu berkata: "Itu benar terjadi?"

Mereka menjawab: "Benar. Itu yang benar terjadi"

Lelaki itu berkata: "Kalau mereka mengikutinya, maka itulah yang lebih baik kepada mereka. Sekarang aku mahu beritahu kamu semua. Aku adalah al-Masih ad-Dajjal. Rasanya sudah hampir masa untuk aku diizinkan keluar. Bila aku keluar nanti, aku akan berjalan ke serata muka bumi kecuali Makkah dan Thahibah (Madinah) kerana aku dihalang para malaikat."

Selepas diceritakan kepada semua yang berada di masjid itu, Rasulallah pun berkata: "Inilah Thahiba yakni Madinah. Bukankah aku pernah memberitahu kamu mengenai (Dajjal) ini? Sesungguhnya kisah yang Tamin ad-Dari sampaikan kepadaku bersesuaian dengan apa yang pernah aku sampaikan pesan kepada kamu. Dajjal itu berada di Laut Shyam atau Laut Yaman, di arah Timur" Fatimah yang menceritakan kata-kata Nabi itu kemudian berkata kepada Amir: "Itulah yang aku dengar dari Rasullallah." Hadis ini menjelaskan tentang satu clue iaitu Dajjal adalah seorang manusia, bukan satu konsep bangsa atau puak. Jika wujud satu puak, ia adalah persoalan lain yang berkait dengan lelaki yang disebut Dajjal ini. Tidak mungkin Nabi s.a.w menyampaikan keterangan yang mempunyai maksud lain, nabi tidak mungkin membuat silap, sedangkan hadis-hadis disampaikan bertujuan bagi menjelaskan sesuatu maksud secara konkrit. Maka, pernyataan bahawa Dajjal adalah manusia juga satu pernyataan konkrit.

Lain-lain kod melalui Hadis pula menjelaskan, ketibaan Dajjal itu adalah seperti berikut:

- Akan muncul pada akhir zaman

- Mengaku bahawa dia adalah Tuhan

- Menyebar fitnah dan dusta

- Keluar selama 40 sebelum dibunuh Nabi Isa (sama ada 40 hari, 40 bulan, 40 tahun atau 40 abad tidak dijelaskan oleh Nabi)

Dajjal dilepaskan semasa zaman kehidupan Rasulullah saw, dan hadis memberitahu Dajjal hidup selama 40 hari: Tanya kami; “Berapa lamakah Dajjal akan tinggal di bumi?”, jawab Rasullullah: “Selama empat puluh hari, satu hari sama seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang”. Tanya kami; “Ya Rasullullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang ?”, jawab Rasullullah; “Tidak” tetapi hitunglah bagaimana pantasnya. (HR Muslim)

Kesimpulan hadis ialah Dajjal hidup dalam 4 dimensi, iaitu:

1 hari = Setahun

1 hari = Sebulan

1 hari = Seminggu

37 hari = Seperti hari kita

Tentang hari-hari Dajal di dunia telah dikupas dengan begitu baik oleh Imran N. Hosein.

Kod-kod sumber Yahudi


"This calls for wisdom: let anyone with understanding calculate the number of the beast, for it is the number of a man. Its number is six hundred three score and sixty-six (666)." (Bible, Revelation 13:18)

- ayat ini bermaksud, hanya orang yang faham sahaja akan menyedari angka 666.


“For many deceivers are entered into the world, who confess not that Jesus Christ is come in the flesh. This is a deceiver and an antichrist.” (Bible King James, John 1:7)

- ayat ini pula bermaksud, dia adalah seorang yang digambarkan sebagai seorang freud atau pendusta

Jika kita perasan, kehidupan kita seharian dikelilingi oleh angka 666 ini. Boleh dikatakan semua barangan anda hari ini mempunyai angka 666 ini secara tersembunyi. Hanya mereka yang prihatin akan menyedari tentang perkara ini. TIDAK PERCAYA? Tidak mengapa. Cuba anda perhatikan setiap barangan yang anda beli di kedai-kedai, termasuklah kasut, baju, peralatan sekolah dan banyak lagi, semuanya mempunyai kod bar barang!


Inilah bukti Dajal menguasai sistem kita sekarang. Kita tidak dapat lari dan elak dari membeli barang keperluan seharian kita yang semuanya mempunyai mark of the beast ini.

Kod-kod sejarah mengenai ‘manusia hebat’ , ‘tuhan matahari’ dan sebagainya.


Dalam artikel sebelum ini, penulis ada menceritakan secara ringkas mengenai Horus The Sun God iaitu salah seorang anak Firaun semasa zaman Mesir purba. Salah satu epik terkenal dalam sejarah Horus adalah pertarungannya dengan Storm God bernama Seth. Dalam epik tersebut, Seth digambarkan sebagai seorang yang jahat dan tamak kuasa, manakala Horus pula digambarkan sebagai seorang pemimpin yang baik dan mahu membebaskan sebilangan besar orang Mesir daripada kekejaman Seth. Peperangan tersebut menjadi satu perang besar antara angkatan kerjasama Horus, Thoth dan Ra dalam menentang Seth dengan angkatan besarnya di daerah Nubia. Horus dikatakan bermati-matian menentang Seth selama berhari-hari demi membebaskan orang Mesir daripada kekejaman Seth. Horus juga dikatakan membalas dendam terhadap kematian abangnya, Osiris yang mati dibunuh Seth. Dalam pertarungan itu, Horus menggunakan pengetahuan sihirnya dengan bantuan Thoth. Gabungan sihir Thoth dan Horus juga dikatakan telah menukar bentuk Horus kepada cakera matahari dalam pertarungan yang penuh magis itu. Seth yang ketakutan kemudian lari ke arah Sungai Nil dan menggunakan sihir untuk menyerupai buaya bagi tujuan bersembunyi.

Gambar: Simbol triniti Mesir iaitu tiga tuhan bersaudara Osiris, Isis dan Horus (simbol mata di sebelah kiri bawah adalah Horus)

Bagaimanapun, Horus The Sun God pula dikatakan terus mengejar dan apabila tiba di tebing Sungai Nil, dia telah diserang oleh buaya (Seth) tadi sehingga sebelah matanya buta, kemudian digelar One-Eyed Sun God. Akibat serangan itu, Horus menjadi sedikit lemah dan ia menjadi peluang keemasan Seth untuk merangka strategi menyelamatkan diri sebelum kedatangan Ra dan Thoth ke tebing sungai itu. Setelah beberapa tahun selepas peperangan itu, dikatakan Seth tidak muncul lagi dan orang-orang Mesir yang menjadi mangsa kekejaman Seth pula dibebaskan oleh Horus dengan restu Ra. Namun Horus terus menjadi sasaran Seth dalam diam dan mula mempelajari sihir baru untuk mengenakan Horus.


Melalui epik itu juga, Seth pada satu malam dikatakan telah mengenakan sihir yang mengubah wajah Horus menjadi wajahnya. Disebabkan sihir itu, Horus kelihatan seperti Seth dan Seth pula kelihatan seperti Horus. Dalam keadaan itu, Horus yang kelihatan seperti Seth telah diperintahkan ditangkap oleh Ra. Selepas ditangkap, Ra menetapkan bahawa Seth (sebenarnya Horus) dijatuhkan hukuman salib. Semasa disalib dan ditikam sehingga memancut darah, dikatakan wajah Horus perlahan-lahan kembali pulih ketika matahari mula terbit dan tidak lagi kelihatan seperti Seth. Sebaik matahari mula cerah, Horus yang sudah tenat menjerit dengan kuat bahawa DIA AKAN KEMBALI PADA AKHIR ZAMAN untuk membebaskan manusia, menyatukan Afrika dan Timur Tengah (salah satu New World Order?) dan terus memburu Seth untuk membalas dendam. Selepas itu, Horus mati dan dikatakan jasadnya diangkat ke matahari untuk bersemayam di sana sambil memerhati semua manusia sementara menunggu masa yang sesuai untuk kembali ke bumi. – maklumat disusun daripada Ancient Egyptian Myth & Book of the Deads.




Lambang Horus ini banyak digunakan dalam pertubuhan-pertubuhan rahsia Dajal, antaranya Freemason dan Illuminati. Siapakah Horus yang akan kembali ini seperti yang dipercayai masyarakat mesir purba ini? Biarkan jawapan itu kekal di benak anda, dan baca kata kunci yang seterusnya.

Kod #2: Quetzalcoatl, The God of Mayan


Quetzalcoatl menjelma dalam bentuk reptilia (kanan) menurutkepercayaan kaum Mayan. Dia juga kelihtan seperti makhluk asing.

Lelaki ini digambarkan sebagai seorang tua yang bijak, berambut putih, berjanggut dan bermisai. Dia juga dikatakan pada waktu tertentu menjelma dalam bentuk reptilia bersisik. Dan dia mengajar kaum Mayan (di Mexico) mengenai pelbagai bentuk pengetahuan seperti astronomi, kejuruteraan bangunan sehingga terbinanya piramid Mayan, arkitektur binaan pelik dan sebagainya. Sekali difikirkan, tamadun kaum Mayan yang berada di tengah hutan di Mexico tidak mungkin mempunyai sumber pengetahuan yang luas kerana mereka tidak berhubung langsung dengan dunia luar kerana ketiadaan fasiliti perhubungan antarabangsa seperti pelabuhan. Mana mungkin mereka meneroka ilmu tanpa sedikit pun pendedahan dengan tamadun luar.

Adrian Gilbert and Maurice Cotterell dalam buku mereka The Mayan Prophecies menjelaskan, tamadun Mayan dibina dengan bantuan seorang lelaki pelayar yang mengajar mereka mengenai pelbagai cabang ilmu. Tanpa Cotterel dan Gilbert sedar, pendapat mereka adalah selari dengan sebuah hadis Tamim ad-Dari yang terkenal yang mengisahkan Tamim berjumpa dengan seorang lelaki misteri di sebuah pulau ketika tersesat di tengah lautan, lelaki itu menyatakan dia adalah Dajjal. Dalam hadis itu, diceritakan Dajjal dipasung di sebuah pulau dan dijaga oleh makhluk bernama Jassasah. Semasa Tamim ad-Dari bertemu dengan Dajjal, Dajjal bertanya kepada Tamim mengenai seorang nabi di Tanah Arab. Dan Tamim memberitahu kepada Dajjal bahawa hampir semua orang Arab kini beriman kepada Allah, dan Dajjal menjawab… “sesungguhnya masa untuk aku dibebaskan sudah begitu hampir..” Kisah tersebut yang kemudiannya disampaikan Tamin ad-Dari kepada Rasulullah kemudian disahkan sendiri oleh Nabi. Dan Dajjal yang dipasung itu kemudian dibebaskan selepas kewafatan Rasulullah (sollalahu alaihi wassalam, wa ‘ala alihi wa as habihi ajma’in).

Kalendar Mayan yang berbentuk matahari

Teori Cotterell dan Gilbert juga selari dengan epik Atlantis, sebuah pulau bertamadun maju yang dikatakan tenggelam dan hilang dalam lipatan sejarah. Malah, Cotterel dan Gilbert juga mengaitkan pelayar yang bertanggungjawab memajukan tamadun Mayan adalah lelaki sama yang terselamat dalam kejadian tenggelamnya Atlantis. Teori penulis ialah, Atlantis itu mungkin pulau yang dihuni Dajjal sebelum dibebaskan, dan tenggelam sebaik sahaja Dajjal dibebaskan. Dan dalam epik Atlantis, pulau Atlantis yang tenggelam itu juga dikatakan akan timbul kembali pada akhir zaman.

Piramid Mayan dalam bentuk seperti separuh siap dengan ketiadaan bucu (Unfinished Pyramid seperti di mata wang satu USD) Dalam tamadun Mayan, Quetzalcoatl disembah seperti tuhan dan mengajar kaum Mayan mengenai pelbagai ilmu. Mereka mampu membina kalendar bintang dan mampu menghitung hari di planet Venus dengan tepat. Malah dalam satu teori terkenal dan sudah difilemkan, bahawa kaum Mayan meramalkan dunia akan berakhir pada tahun 2012 berdasarkan kiraan perjalanan planet dan bintang di galaksi. Atau mungkin, Dajjal akan keluar pada 2012? Kisah Quetzalcoatl dalam tamadun Mayan tiba-tiba hilang begitu sahaja secara misteri dengan meinggalkan satu mesej iaitu dia akan kembali pada satu hari nanti. Sudah terbiasa dengan pernyataan AKAN KEMBALI? Juga selari dengan Hadis Nabi mengenai Dajjal AKAN KELUAR pada akhir zaman? AKAN KEMBALI dan AKAN KELUAR, maksudnya hampir sama.


Kod #3: Maharaja Shi Huangdi, God of Earth


Kita teroka pula dalam kisah sejarah tanah asal keturunan Li (The Li Bloodlines) - Sila Lihat Link Disini :http://scripters.ning.com/forum/topics/realiti-akhir-zaman-the-li di China. Sejarah yang berlaku di China nampak seperti kebetulan tetapi ia tidak berlaku secara kebetulan. Terdapat mesej cryptic dalam tamadun China, sehingga menyebabkan Merovingain British begitu berminat untuk menjejak ‘Tuhan’ mereka (Dajjal - God of Pagan) di China semasa era penjajahan.

Monumen dan artifak Terracota Warriors yang hanya ditemui pada tahun 1974 menyimpan satu maklumat besar mengenai kewujudan lelaki misteri di sebalik pemerintahan Maharaja Shi Huangdi, raja pertama yang menyatukan China (salah satu daripada New World Order yang terawal?). Kod-kod yang ditinggalkan adalah sama seperti kod-kod yang ditinggalkan di Mayan, Mesir dan beberapa lokasi lain di dunia.

Sebuah piramid di wilayah Xian di China. Piramid Xian yang dibina pada zaman Shi Huangdi ini berbentuk separuh siap. Mungkinkah piramid yang separuh siap ini juga simbolik kepada segitiga bermata satu akan terapung diatasnya pada akhir zaman nanti?

Setiap patung mempunyai kod tersendiri dan gabungan semuakod pada patung ini meninggalkan mesej yang tersembunyi

Bahasa Cina dibina daripada gabungan suku kata sehingga membentuk perkataan baru. Mimik muka yang digambarkan pada wajah patung-patung itu pula mewakili satu suku kata, dan apabila disusun suku kata itu, ia membentuk perkataan dan seterusnya membentuk ayat mengandungi mesej kod apabila dihubungkan semua suku kata itu bermula barisan patung dari atas ke bawah seperti membaca tulisan Cina. Salah satu kod yang ditinggalkan ialah “...pemerintah akan kembali.....penghujung waktu...” – maklumat disusun daripadaThe Secret Codes of Terracota Warriors, Maurice Cotterell. Siapa pemerintah yang dikatakan akan kembali itu? Melalui teori itu, sudah tentu Maharaja Shi Huangdi yang akan kembali, dan menjadi God of Earth semula. Dia meninggalkan mesej bahawa dia akan kembali untuk menjadi tuhan.

Empayar China juga tidak terlepas dari mendapat kunjungan 'pemerintah agung' ini. Dan dia akan kembali di akhir zaman nanti. Horus, Maharaja Shi Huangdi? Mengapa mereka seakan mempunyai kaedah yang hampir sama? Adakah mereka ialah orang yang sama? Simpan dulu jawapan anda, tunggu sehingga ke akhir artikel ini. Bersambung ke bahagian kedua ..

11 Mac, 2011

Saman ekor.... Berita baik atau disebaliknya ¿

Saman Ekor: Ketahui Hak Anda - Mesti Baca

Ramai yang masih kabur dan tidak faham hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi Negara. Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agam, kaum, bangsa dan juga fahaman politik. Semua warganegara dijamin hak yang sama.

Salah satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ialah hak rakyat terhadap harta. Ini disebut dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan

Hak terhadap harta.(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.Selalunya Perkara 13 ini digunakan di dalam kes pengambilan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Sebenarnya Perkara 13 ini bukan sahaja melibatkan harta tak alih seperti tanah, tetapi meliputi harta alih seperti kenderaan. Justeru penafian hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sebenarnya termasuk di dalam penafian hak rakyat terhadap harta. Alasannya jika seseorang rakyat itu dihalang dari memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka yang menyebabkan kenderaan itu tidak boleh digunakan maka rakyat itu telah dinafikan haknya terhadap harta.

Jika seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan hendaklah diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ hendaklah membayar pampasan kepada pemilik kenderaan tersebut.

Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.

Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.

Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.

Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. Jika ada yang tertunggak maka ianya bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di Mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk menjawap saman itu.
Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke Mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap supaya OKS hadir mahkamah. Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mangakui kesalahan atau meminta bicara.
Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesai lah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga samann itu. Tidak tertunggak.

Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke Mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.

Saman Ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi hadlaju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenali dengan Notis Pol 170A.
Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke Mahkamah bagi menjawap tuduhan memandu melebihi hadlaju. Kemudian proses mahkamah yang dijelaskan sebelum ini akan berlaku. Maka saman itu akan selesai dan tidak tertunggak. Masalah timbul apabila pihak berkuasa terus menghukum pemilik supaya membayar kompaun sedangkan kesalahan tidak dibuktikan. Kompaun bukan denda tetapi tawaran. Denda hanya boleh dikeluarkan dan diarahkan oleh Mahkamah.

TIADA SIAPA BOLEH MEMAKSA ANDA MEMBAYAR SESUATU YANG ANDA TIDAK LAKUKAN. Anda Mampu Mengubahnya.Bagaimana JPJ boleh menhhalang pembaharuan cukai jalan?

1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis.

Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI?

2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman. Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahkamah atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam. Inilah maksud BERPUASHATI

3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan, di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. Adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik?

Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh:

a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang.
b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul.

c) Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan.

Zulhazmi Shariff ialah Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE)

06 Mac, 2011

Membina Passive Income!

January 13th, 2009, by shuth

Membina Passive Income!

Saya rasa, ramai pembaca-pembaca blog ini sudah tahu, “apa itu passive income?”. Tetapi bagi yang masih belum jelas mengenainya, biar saya berikan sedikit info tentang passive income.

Secara ringkas, pendapatan (income) boleh dibahagikan kepada 2 kategori.

  • Active Income
  • Passive Income

“Active Income” ialah pendapatan yang anda perolehi apabila anda “aktif”, iaitu anda perlu sentiasa bekerja/melakukannya. Contoh mudah.. kerja makan gaji. Anda perlu datang kerja setiap hari.. kalau tak datang kerja, tak dapat duit (income).

“Passive income” pula, ialah satu bentuk pendapatan yang anda perolehi walaupun anda tidak bekerja dan berada dalam keadaan “pasif”. Ianya adalah merupakan satu bentuk pendapatan yang anda perolehi secara berulang-ulang kali setelah anda menyiapkan satu perkara/kerja.

Contoh paling mudah, adalah seperti merakamkan lagu (menjadi artis). Anda hanya perlu merakamkan nyanyian anda sekali sahaja di studio… selepas itu, setiap kali album anda terjual dan lagu anda diputarkan diradio-radio. Anda akan mendapat “royalti” (pendapatan).

Contoh lain.. menulis buku. Anda hanya perlu menulis buku itu sekali sahaja, selepas itu, setiap kali ada orang yang membeli buku anda di kedai-kedai buku. Anda akan mendapat royalti (pendapatan).

Satu lagi contoh lain, menyewakan hartanah. Anda hanya perlu beli sebuah rumah dan kemudian mencari penyewa, kemudian, setiap bulan, anda akan mendapat wang sewaaan (pendapatan).

Itulah yang dinamakan “passive income” dan itulah sebenarnya rahsia/teknik/cara bagaimana seseorang boleh menjadi kaya.

Orang-orang yang kaya, sememangnya sentiasa akan menumpukan usaha mereka kepada, “membina lebih banyak passive income”, manakala, bagi orang yang “TAK kaya-kaya”, mereka lebih sibuk memikirkan bagaimana “mencari kerja” (active income) di tempat lain yang boleh memberikan mereka gaji lebih besar.

Senang kata…

Orang kaya…… sentiasa sibuk buat kerja yang akan menjana “passive income” (pendapatan berulang).
Orang miskin… sentiasa sibuk cari kerja di tempat lain yang boleh beri gaji yang lebih besar.

Apa yang lebih menarik tentang “passive income” ini, ia bukan sahaja memberikan lebih banyak wang & pendapatan kepada anda, malah, ia juga turut memberikan lebih banyak masa (kebebasan dari segi masa). Yerla.. hanya perlu buat kerja sekali sahaja, lepas tu anda sudah boleh rileks dan melakukan perkara-perkara lain yang menyeronokkan di dalam hidup anda seperti berkelah di tepi pantai, menonton video kegemaran sepanjang hari, bermain PS3 ataupun meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.

Ada yang berkata…

“Saya nie manalah pandai menyanyi untuk buat album.”
“Tulis buku? Tak pandai la”
“Beli rumah untuk disewakan? Mahal ler.. mana ada duit nak beli!”
“Saya sibuk, takde masa nak tulis-tulis buku nie!”
“Ilmu saya tak tinggi.. tak layak lagi nak tulis buku!”

Ok!.. anda boleh sahaja terus mencipta berpuluh-puluh ribu lagi alasan… dan sedarkah anda, apabila anda membuat alasan, anda sebenarnya sedang membina tembok-tembok yang menghalang diri anda untuk mencapai impian anda. Satu alasan = satu tembok. Jadi.. berhentilah membina tembok-tembok tersebut…

Zaman sudah berubah, dunia dah maju….

Untuk membina passive income, ada pelbagai cara… tidak semestinya anda perlu pandai menyanyi, tidak semestinya anda perlu mempunyai ilmu yang sangat tinggi untuk menulis, dan juga.. tidak semestinya anda perlu mempunyai wang berpuluh-puluh ribu ringgit untuk membeli rumah dan menyewakannya.

Pada zaman ini, ada cara yang lebih mudah untuk anda membina passive income…. salah satunya.. ebook! Yer.. ebook! Anda hanya perlu tulis satu ebook, setup satu website dan tinggalkannya. Ianya mungkin akan mengambil masa 1 bulan untuk anda menyiapkannya. Tetapi, itulah sahaja masa yang anda peruntukan.. selepas itu, anda hanya perlu lihat wang masuk ke dalam akaun bank anda, dan jua, melakukan sedikit kerja-kerja pemantauan selama 5-10 minit setiap hari.

Marketing / promote website? Oh! sebenarnya tak perlu sangat jika anda tahu bagaimana melakukannya dengan betul.. marketing/promosi, anda boleh lakukan jika anda rasa sudah tiada kerja lain hendak dibuat. Seriously.. website maskahwin.com, rahsiakambing.com dan ebook produk fizikal…. saya hanya promote 1-2 kali sahaja sebulan. Selebihnya, hanya check duit yang masuk dalam akaun dan hantarkan link download bagi mereka yang beli secara manual. Jadi, ia sememangnya adalah sebuah bentuk “passive income”.

Apa yang menarik tentang “menghasilkan ebook” sebagai “passive income” ini ialah :-

  • Ia tidak memerlukan modal yang besar, boleh dimulakan dengan kos yang sangat kecil, sekecil RM50
  • Risikonya juga sangat rendah , jika anda gagal menjual ebook anda dan tiada seorang pun yang membelinya (dimana ianya hampir mustahil).. anda akan hanya kehilangan RM50 (modal anda) .
  • Ia boleh diautomasikan.
  • Pendapatan anda tidak terhad (tidak seperti menyewa rumah, pendapatan bulanan anda adalah tetap)
  • dan apa yang lebih penting.. semua orang boleh lakukannya, walaupun jika anda baru berusia 15 tahun.

Baiklah, sebenarnya saya ada 2 gembira untuk anda yang membaca blog ini.

1) Hujung minggu ini, ada satu mini-seminar yang bertajuk “Membina Passive Income Melalui Ebook”. Ianya dianjurkan oleh SimpanDuit Consulting . Maklumat berkenaan seminar tersebut adalah seperti berikut :-

Mini-seminar “Membina Passive Income Melalui Ebook”
Tempat : Quality Hotel, Jln Raja Laut, KL (Sebelah Medan MARA / Pertama Complex)
Tarikh : 18 JAN 2009 (AHAD)
Masa : 10.00 pagi hingga 4.30 petang.
Kapasiti : Terbuka untuk 30 peserta sahaja
Yuran : RM100 seorang termasuk makan tengahari

2) Speaker bagi mini-seminar tersebut ialah saudara Mohd Suhaimy Abu Bakar a.k.a shuth. Ho! ho!

Jika anda berminat untuk menyertai seminar ini, sila sms Nama & Email anda ke 012-2011-555. Maklumat lanjut mengenai seminar dan cara bayaran akan diberitahu melalui email & sms nanti.

Buat masa ini… memang tiada website untuk seminar ini, seminar ini sebenarnya adalah khusus untuk ahi-ahli simpanduit.com, tetapi disebabkan masih ada beberapa kekosongan (7 tempat kosong lagi) , maka pihak penganjur membenarkan saya untuk memaklumkan dan membuka penyertaan mini-seminar ini kepada pembaca-pembaca blog saya.

Bagi anda yang berminat dan berkesempatan, bolehlah mendaftar. Yuran hanya RM100 sahaja.. ianya adalah harga pengenalan untuk seminar yang pertama kali ini. Akan datang, yurannya mungkin akan mencecah RM500.

Sedikit info tambahan mengenai seminar ini, dalam seminar ini, saya akan berkongsi teknik dan rahsia:-

  • bagaimana menghasilkan ebook tentang sesebuah topik walaupun anda bukanlah seorang yang paling “expert” mengenainya, dan paling penting.. ebook tersebut akan laris.
  • bagaimana mengautomasikan aktiviti pemasaran website ebook anda.
  • tips menangani isu cetak rompak ebook anda
  • dan paling menarik, 3 langkah bagaimana membina perniagaan ebook sebagai passive income anda.